Nama : Noor Aini Abdullah
No. Telefon : 019-5932049
Graduan lepasan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Noor Aini Abdullah berusia 28 tahun yang berasal dari Kampung Sungai Semiar, Jeneri telah meninggalkan jawatan pengurus untuk menghadapi cabaran lebih besar iaitu membuka kedai roti dan kek.
Beliau memulakan perniagaan dengan modal RM15,000 dan mendapat kerjasama dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) serta FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan). Beliau berani untuk menghadapi cabaran di dalam bidang perniagaan yang diminatinya.