Tuisyen Rakyat: Program Khas Edutips
📚 PROGRAM KHAS EDUTIPS – SIRI 1: Rahsia Fokus Maksimum
Alhamdulillah, Program Khas EduTips Siri 1 telah berjaya dilaksanakan pada 7 Julai 2026 (Selasa) di NADI Kampung Tala.
🕓 Masa: 4.00 petang – 5.00 petang
👥 Penyertaan: 3 orang peserta
Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara meningkatkan fokus semasa belajar, mengenal pasti gangguan daripada penggunaan telefon pintar serta langkah-langkah praktikal untuk membina tabiat pembelajaran yang lebih berkesan.
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan menunjukkan komitmen sepanjang sesi berlangsung. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
#NADIKgTala #EduTips #RahsiaFokusMaksimum #NADITuisyenRakyat #CelikDigital #PembelajaranBerkesan
