mcmc
Galeri Foto

Temuduga Terbuka Untuk Warga Sik, Kedah

DI BAWAH “PROGRAM MEMBASMI PENGANGGURAN DALAM KALANGAN BELIA LUAR BANDAR 2017”

Sebuah program tajaan Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Stradford International College bagi membantu belia dan beliawanis yang menganggur dan tidak mempunyai peluang dan kelayakan akademik yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan di sektor perindustri pembuatan, elektronik, perhotelan dan makanan yang terpilih di Pulau Pinang, Kedah,Perak dan Lembah Klang.

Peserta yang terpilih selepas temuduga akan diberi latihan intensif pra persiapan perkerjaan di Stradford International College, Prai, Pulau Pinang secara PERCUMA , segala kos latihan,makanan,minum dan tempat tinggal akan di TANGGUNG SEPENUHNYA oleh KERAJAAN MALAYSIA.

Tempoh latihan hanya selama 2 minggu dan selepas tamat latihan, para peserta akan DIJAMIN memperoleh pekerjaan. ?
……………………..……………………..……………………..……………………

 KELEBIHAN
-Semua kos penempatan ,makanan dan latihan ditanggung sepenuhnya oleh KERAJAAN MALAYSIA.
-Elaun RM250 selepas tamat Latihan 
-JAMINAN pekerjaan selepas tamat latihan 
-Tawaran gaji lumayan

SYARAT-SYARAT PESERTA
-Berumur 17-25 tahun 
-Warga negara Malaysia
-Tahu membaca ,menulis dan mengira (3M)
-Kelayakan akademik serendah UPSR 
-Keinginan untuk bekerja dan mengubah masa depan
……………………..……………………..……………………..……………………

TEMPAT TEMUDUGA : Pejabat Penerangan Sik , Kedah.

TARIKH : 28/11/2017(Selasa) 

MASA :10:30 pagi – 3:00 petang

……………………..……………………..……………………..……………………