Penemuan khazanah purba di Kg Padang Chicar, Jeneri.Penemuan terbaru khazanah purba di Kampung Chichar, Jeneri, dekat sini, dilihat terus membuktikan kehebatan industri pembuatan besi awal abad masihi di Kedah. Relau besi baru ditemui berkenaan dianggarkan berusia 1,000 tahun. Tujuh relau besi di Kampung Gading, Jeniang, kira-kira 17 kilometer (km) dari tapak penemuan lokasi terbaru diletakkan di bawah tapak tanah bersejarah Jabatan Warisan Negara.