PEDi Kg Tala sebelum ini dikenali sebagai PEDi Sg.Senam dan terletak di Kg.Sg Senam. Setelah kontrak bangunan di sana tamat, PEDi Sg. Senam kemudian dipindahkan ke Kg Tala.
PEDi Kg Tala telah beroperasi sejak Febuari 2015.
PEDi merupakan satu projek kerajaan dengan inisitatif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.