Sambutan Merdeka @ NADI Kg Tala

Laporan Aktiviti | 6 September 2025
TarikhProgram
06/09/20251. Pertandingan Mewarna Merdeka Kanak-kanak
2. Wayang Pacak: RETROSPEKTIF : MERDEKA FOR MALAYA (KEMERDEKAAN MALAYA) (1958)
3. Masakan Merdeka
4. Webinar e-Sukan
5. Kaunter Pemeriksaan Kesihatan

Tujuan: Program sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-68 tahun beserta program Hari Malaysia. Pelbagai aktiviti bertemakan kemerdekaan telah dijalankan dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari piha komuniti.

Aktiviti: Petugas NADI menyediakan beberapa aktiviti bermula dari peringkat umur sekolah rendah sehingga dewasa. Majlis bermula dengan nyanyian lagu negaraku beramai- ramai seterusnya lagu Jalur Gemilang. Acara diteruskan lagi dengan pertandingan mewarna. Serentak dengan itu dijalankan tayangan wayang pacak (menggunakan smart board). Seterunya peserta lain juga berpeluang menyertai aktiviti kuiz merdeka secara beramai- beramai mengunakan platform Kahoot!. Seterusnya, webinar mengenai e-sport iaitu Kesihatan Mental & Kesejahteraan atlet e-sukan.