Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan .
Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet. Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.
Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
– Menggalakkan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat melalui penghasilan kandungan digital;
– Mencetus keterujaan di kalangan komuniti tentang pembangunan industri kandungan tempatan; dan
– Transformasi komuniti setempat dalam menjayakan inisitiatif Komuniti Pintar.