Kerja-kerja menaik taraf sentiasa dijalankan di PEDi Kg Tala. Pihak TM sedang dan terus berusaha untuk memberikan servis internet yang terbaik kepada komuniti di luar bandar untuk masyarakat setempat mendapat pendedahan tentang penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT di dalam kehidupan seharian, khususnya penggunaan internet secara meluas untuk menjana pendapatan tambahan bagi usahawan IKS dan usahawan luar bandar.