Mesyuarat ahli jawatankuasa Pusat Internet kg Tala telah diadakan baru-baru ini pada 23 Januari 2016 bertempat di Pusat Internet Kg Tala. Petugas telah membentangkan misi dan visi PI kepada penduduk kampong berkenaan. Rata-rata penduduk kampong amat berpuas hati dengan adanya kemudahan IT di penempatan tersebut. Mesyuarat tersebut telah disertai oleh YB Mahadzir Bin Hj. Abdul Hamid . Pusat Internet Kg Tala kini sudah beroperasi dan mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk setempat.