Tarikh | : 23.05.2019 |
Masa | : 10.00 pagi – 1.00 tengahari |
Lokasi | : Kg Pokok Jerai |
Peserta | : 20 orang |
Tujuan :
Program ini diadakan untuk mempromosikan titi gantung/suspension bridge di Kg Pokok Jerai, Jeneri. Lokasi dipilih untuk dipromosikan oleh pihak Pejabat Daerah Sik kerana pemandangan di atas titi gantung dan sungai Muda di situ amat menarik serta unik. Cadangan aktiviti sukan air seperti kayak dan mendayung telah diusulkan dan diharap dapat dilaksanakan secepat yang mungkin untuk menarik minat pengunjung dari luar.
Pusat Internet Kluster Sik selaku admin Menarik Di Sik telah dijemput untuk menyertai program ini. Pusat Internet Kluster Sik telah diberikan slot taklimat di mana petugas memberikan taklimat Klik Dengan Bijak serta mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet sekitar Sik kepada para peserta. Petugas juga memberikan taklimat dan promosi mengenai Dashboard Komuniti dan MyPlace khususnya kepada para peserta.
Program ini telah dihadiri oleh Pegawai Daerah Sik dan staff kerajaan yang lain.