Tarikh : 15.10.2019 Masa : 08.00 pagi – 11.00 pagi Lokasi : SMK Batu Lapan Peserta : 80 orang |
Tujuan :
Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar mengenai keselematan penggunaan internet dan media sosial. Pelajar digalakkan untuk menggunakan internet dengan berhemah, bijak dan bertanggungjawab.
Pelajar turut didedahkan kepada isu-isu semasa yang melibatkan penyalahgunaan internet dan media sosial. Aktiviti lain yang diadakan ialah teka silang kata dan kuiz. Ini semua adalah untuk meningkatkan pemahaman para pelajar mengenai taklimat yang telah diadakan.