mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Oktober 2019: Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan

Tarikh    : 06.10..2019

Masa     : 08.00 pagi-2.00 petang

Lokasi   : PI Kg Tala

Peserta : 100 orang

Tujuan  :

Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara Pusat Internet dengan Tabika Kemas di mana ia dapat mewujudkan  murid yang sihat serta celik ICT. Selain itu, ia juga dapat mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan. Seterusnya, ia menjadi salah satu cara untuk melestarikan Pusat Internet sebagai pusat ICT dan kesihatan. 

Tabika Kemas Sg Semiar dan Tabika Kemas Kg Gajah Putih telah dijemput untuk menyertai program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan untuk kali ini. Para ibu bapa juga telah dijemput sama untuk memeriahkan program yang berlangsung. Agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Daerah Sik telah dijemput untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk pengunjung. Antara pemeriksaan yang dijalankan ialah pemeriksaan mata, pemeriksaan gigi, tekanan darah tinggi serta bacaan kencing manis. Selain itu juga, terdapat agensi lain seperti YAPEIM dan Koridor Utara turut serta membuka booth. Usahawan setempat juga turut membuka gerai jualan semasa program berlangsung. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti mewarna di dalam talian, musang berjanggut, taklimat kesihatan, taklimat KDB dan banyak lagi. Sambutan amat menggalakkan.

Gambar di sini