mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Ogos-Program Bersama Komuniti Bandar Baru Beris Jaya

Tujuan  :

Program ini diadakan bersempena Perlaksanaan Gerak Kerja anjuran Majlis Daerah Sik di penempatan Bandar Baru Beris Jaya. Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada komuniti tentang pentingnya kebersihan alam sekitar kepada kehidupan seharian. Dengan adanya program seumpama ini, perpaduan di antara komuniti juga semakin erat. 

Aktiviti  :

Pusat Internet Kluster Sik telah mengadakan booth di mana petugas memberikan taklimat tentang E-Waste kepada komuniti. Rata-rata komuniti memberikan maklum balas yang baik tentang E-Waste ini. Kemudian, program diteruskan dengan taklimat kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Dareah Sik. Pusat Internet Kluster Sik juga telah mengadakan kuiz berkaitan ICT kepada belia dan juga wanita. Pertandingan mewarna juga telah diadakan untuk kanak-kanak daripada Tadika Kemas Bandar Baru Beris Jaya dengan tema Malaysiaku. Pemeriksaan kesihatan secara percuma juga telah disediakan oleh Pusat Internet Kluster Sik kepada komuniti Bandar Baru Beris Jaya. Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah, seterusnya jamuan makan tengahari.

Gambar di sini