Tarikh : 07.08.2019 Masa : 08.00 pagi – 1.00 petang Lokasi : SK Padang Chicar Peserta : 100 orang |
Tujuan :
Program ini diadakan untuk memupuk semangat keusahawanan kepada para pelajar. selain itu, pelajar juga dapat menimba ilmu serta pengalaman semasa berlansungnya program ini.
Pelbagai agensi kerajaan menyertai program ini termasuklan Pusat Internet Kluster Sik. Booth PI Kluster Sik telah mengadakan teka silang kata, kuiz KDB serta taklimat berkenaan MyTv kepada pengunjung. PI Kluster Sik juga memperkenalkan aplikasi dashboard kepada pengunjung. Sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan daripada guru-guru, pelajar, ibu bapa serta agensi-agensi kerajaan yang lain.
Dengan adanya program seperti ini, Pusat Internet Kluster Sik dapat beramah mesra bersama pengunjung dan dapat mempromosikan lagi perkhidmatan yang terdapat di PI. Sebelum ini, kebanyakkan komuniti tidak tahu akan fungsi PI yang sebenar. Melalui program seperti ini, ia dapat membuka mata komuniti tentang fungsi dan kewujudan PI di mana ia tidak sekadar berfungsi sebagai Kafe Internet yang lain.