Tarikh : 23.11.2019 Masa : 10.00 pagi – 1.00 petang Lokasi : Pusat Internet Kg Tala Peserta : 5 orang |
Tujuan:
Kelas ini diadakan bertujuan untuk membuka mata pelajar sekolah rendah tentang ICT.
Petugas telah memberikan sedikit taklimat berkenaan ICT sebelum pelatih didedahkan dengan Micrososft Office Word. Pelatih diberi tugasan untuk mengenalpasti alatan komputer serta mempelajari papan kekunci sebelum diberikan kelas berkenaan Microsoft Office Word. Setelah pelatih sudah memahami penggunaan papan kekunci dan tetikus, petugas memberikan taklimat berkenaan topik yang disediakan. Selepas taklimat diberikan, pelatih diberikan tugasan dan pelatih menyiapkan dengan baik.