Tarikh | : 12 Mei 2018 |
Masa | : 10.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tala |
Peserta | : 15 orang |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahayanya penggunaan internet jika tidak menggunakan dengan betul serta menunjukkan implikasi tersebut kepada mereka.
Aktiviti :
Peserta diberikan taklimat tentang cara penggunaan internet dengan betul di mana peserta dapat melihat kebaikan penggunaan internet. Petugas Pusat Internet Kg tala telah menunjukkan contoh video di mana keburukkan penggunaan internet jika tidak digunakan dengan betul. Peserta mendapat pengetahuan yang lebih berkenaan isu penggunaan internet ini.
Sebelum ini, peserta hanya tahu menggunakan internet untuk bersosial sahaja. Selepas diberikan taklimat tentang Klik Dengan Bijak, Peserta mendapat kesedaran untuk lebih berhati-hati semasa menggunakan internet. Peserta juga diberikan kuiz setelah selesai mendengar taklimat Klik Dengan Bijak.
Kuiz diberikan kepada peserta bertujuan untuk mendapatkan maklum balas peserta selepas mendengar taklimat tersebut.