Tarikh : 3.03.2020 Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi Lokasi : SMK Jeneri Peserta : 30 orang |
Tujuan :
Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada peserta yang terdiri daripada golongan pelajar mengenai keselamatan penggunaan internet dan media sosial. Peserta yang terdiri daripada golongan pelajar digalakkan untuk menggunakan internet dengan berhemah, bijak dan bertanggungjawab.
Peserta turut didedahkan kepada isu-isu semasa yang melibatkan penyalahgunaan internet dan media sosial. Aktiviti lain yang diadakan ialah teka silang kata dan kuiz. Ini semua adalah untuk meningkatkan pemahaman para peserta mengenai taklimat yang telah diadakan.