Tarikh | : 22 Mac 2018 |
Masa | : 9.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Kg Namek |
Peserta | : 100 orang |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada komuniti tentang kepentingan Pusat Internet. Program ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan petugas bersama komuniti setempat serta agensi-agensi kerajaan mahupun swasta. Melalui program ini juga komuniti akan mendapat kesedaran berkenaan ICT di dalam kehidupan seharian di mana info tentang kebaikan dan keburukkan ICT telah diberikan oleh petugas.
Aktiviti :
Pusat Internet telah menjalankan aktiviti seperti mewarna, Kuiz ICT, roda impian, MyHealth dan Ewaste. Aktiviti yang telah dijalankan mendapat sambutan yang amat baik oleh komuniti. Rata-rata peserta yang menghadiri program ini amat berpuas hati. Pusat Internet juga telah memperkenalkan Dashboard kepada komuniti semasa program dijalankan. Pendedahan yang diberikan mengenai Dashboard telah disambut baik oleh komuniti setempat.