Tarikh | : 26 Julai 2018 |
Masa | : 9.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | :Taman Derdap Sik |
Peserta | : 60 orang |
Tujuan :
Program ini diadakan bersempena Perlaksanaan Gerak Kerja anjuran Majlis Daerah Sik di Taman Derdap. Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada komuniti tentang pentingnya kebersihan alam sekitar kepada kehidupan seharian. Dengan adanya program seumpama ini, perpaduan di antara komuniti juga semakin erat. Pusat Internet Kluster Sik telah mengadakan booth di mana petugas memberikan taklimat tentang E-Waste kepada komuniti. Rata-rata komuniti memberikan maklum balas yang baik tentang E-Waste ini.
Aktiviti :
Program dimulakan dengan senamrobik kemudian diikuti dengan taklimat daripada Pejabat Kesihatan Daerah Sik tentang denggi. Pusat Internet telah membuka pendaftaran seawal jam 9.00 pagi. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di booth Pusat Internet. Antaranya ialah pembuangan sisa E-Waste, taklimat E-Waste, pemeriksaan kesihatan, Mee Pedas Berapi dan banyak lagi. Majlis bersurai pada jam 1.00 petang.