Tarikh | : 21 Julai 2018 |
Masa | : 2.00 petang- 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tala |
Peserta | : 1 |
Tujuan :
Memberikan latihan serta taklimat kepada peserta tentang penggunaan ICT di dalam kehidupan seharian pelajar.
Peserta diajar untuk membuat latihan yang telah disediakan di dalam Modul Microsoft Word. Pelajar juga ditugaskan untuk mencipta resume serta kad ucapan di mana pelajar perlu melatih diri mereka supaya tidak kekok semasa menggunakan komputer. Sehubungan itu, pelajar juga diuji oleh petugas untuk mengetahui ketangkasan mereka di dalam menaip sesuatu data.
Peserta juga diberikan taklimat Klik dengan Bijak semasa proses pembelajaran berlaku. Taklimat Klik dengan Bijak diberikan supaya peserta lebih berhati-hati semasa menggunakan internet di mana mereka tidak dibenarkan berkongsi maklumat peribadi mereka dengan orang yang tidak dikenali.