mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Januari 2020 : Program Advokasi KDB Bersama Risda Sik

Tarikh    : 20.01.2020

Masa     : 8.00 pagi – 12.00 tengahari

Lokasi   : Pejabat Risda, Sik

Peserta : 20 orang

Tujuan :

Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada peserta yang terdiri daripada golongan warga emas dan belia mengenai keselamatan penggunaan internet dan media sosial. Peserta yang terdiri daripada golongan warga emas dan belia digalakkan untuk menggunakan internet dengan berhemah, bijak dan bertanggungjawab. 

Peserta turut didedahkan kepada isu-isu semasa yang melibatkan penyalahgunaan internet dan media sosial. Aktiviti lain yang diadakan ialah teka silang kata dan kuiz. Ini semua adalah untuk meningkatkan pemahaman para peserta mengenai taklimat yang telah diadakan.

Gambar di sini