Tarikh : 26.01.2020 Masa : 2.00 petang – 5.00 petang Lokasi : Dewan IKM, Sik Peserta : 50 orang |
Tujuan :
Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada peserta yang terdiri daripada golongan warga belia mengenai keselamatan penggunaan internet dan media sosial. Peserta yang terdiri daripada golongan warga emas dan belia digalakkan untuk menggunakan internet dengan berhemah, bijak dan bertanggungjawab.
Peserta turut didedahkan kepada isu-isu semasa yang melibatkan penyalahgunaan internet dan media sosial. Aktiviti lain yang diadakan ialah teka silang kata dan kuiz. Ini semua adalah untuk meningkatkan pemahaman para peserta mengenai taklimat yang telah diadakan.