Tarikh | : 31 Januari 2019 |
Masa | : 8.00 pagi- 1.00 petang |
Lokasi | : Dewan al-Hana |
Peserta | : 80 |
Program ini memberi pendedahan berkaitan dasar baharu Kerajaan Persekutuan/Negeri dan membentuk sumbangan baharu kepada golongan penoreh getah.
Program ini juga disertai oleh pelbagai agensi kerajaan yang lain.Antaranya ialah PDTS, MDS, RISDA,FELCRA, FELDA, LGM, Pertanian, FAMA, LKIM, Kesihatan, KEDA, JPJ. Selain itu, terdapat juga gerai jualan yang berlangsung di luar dewan oleh agensi-agensi yang berkenaan. Pusat Internet Kluster Sik juga telah membuka booth semasa berlangsungnya perjumpaan tersebut.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet ialah pemeriksaan kesihatan, memperkenalkan dashboard myshop dan mysoal dan barangan E-Waste. Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan. Ini adalah perjumpaan di anatara peneroka untuk mengadu nasib mereka kepada pegawai yang bertugas. Majlis ini dihadiri oleh YB Dato’ Dr. Ismail b Salleh & YB Encik Azman Nasrudin.