mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Februari 2020 : Advokasi Bersama Komuniti DUN Jeneri

Tarikh    : 15.02.2020

Masa     : 9.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi   : UDM Jeneri

Peserta : 50 orang

Tujuan :

Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada peserta yang terdiri daripada golongan warga emas dan suri rumah mengenai keselamatan penggunaan internet dan media sosial. Peserta yang terdiri daripada golongan warga emas dan suri rumah digalakkan untuk memantau anak-anak mereka samada yang masih bersekolah, lepasan sekolah atau belia untuk menggunakan internet dengan berhemah, bijak dan bertanggungjawab. 

Peserta turut didedahkan kepada isu-isu semasa yang melibatkan penyalahgunaan internet dan media sosial. Aktiviti lain yang diadakan ialah teka silang kata dan kuiz. Ini semua adalah untuk meningkatkan pemahaman para peserta mengenai taklimat yang telah diadakan.

Gambar di sini