Tarikh | : 22-23 Februari 2019 |
Masa | : 10.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tala |
Peserta | : 2 |
Tujuan :
Memberikan taklimat serta latihan kepada peserta untuk lebih mengetahui fungsi komputer di dalam kehidupan seharian.
Petugas telah memberikan taklimat ringkas tentang Klik Dengan Bijak sebelum mengajar peserta penggunaan komputer. Peserta telah diberikan tunjuk ajar tentang penggunaan komputer secara berhemah. Peserta telah diajar tentang Microsoft Office Word. Sebelum ini, peserta tidak berapa mahir untuk menggunakan Microsoft Word. Petugas telah memberikan latihan seperti mereka cipta kad ucapan, menulis laporan serta merangka surat rasmi. Dengan menyertai kelas komputer ini, peserta dapat menguasainya dengan mudah.