Tarikh | : 18 Februari 2019 |
Masa | : 10.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Sekolah Kebangsaan Jeneri |
Peserta | : 100 |
Tujuan :
Program ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan perutusan KPN bersempena dengan program Jom Ke Sekolah 2019 anjuran KPM bersama PDRM. Penglibatan Pusat Internet adalah menyampaikan maklumat Klik Dengan Bijak kepada para pelajar sekolah.
Antara matlamat program ialah mengeratkan hubungan antara pihak Polis, pihak sekolah & pelajar. Memastikan disiplin para pelajar terkawal. Selain itu, petugas juga telah memberikan taklimat dan memperkenalkan aplikasi dashboard kepada orang ramai semasa program berlangsung. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat memudahkan komuniti untuk mendapatkan pencerahan berkenaan internet serta kemudahan yang terdapat di Pusat Internet.