Tarikh | : 23.04.2019 |
Masa | : 02.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi | : Sik Inn |
Peserta | : 100 |
Tujuan :
Kem Malaysiaku dengan kerjasama Pusat Internet Kluster Sik telah mengadakan taklimat Klik Dengan Bijak.
Pelajar didedahkan dengan taklimat keselamatan penggunaan media sosial, peranti elektronik dan peralatan komunikasi serta pelbagai tips semasa online untuk membolehkan mereka menggunakan internet dengan bijak, selamat dan bertanggungjawab.
Selain itu, para pelajar juga menjalani aktiviti secara berkumpulan yang melibatkan pemahaman mereka mengenai KDB setelah mendengar taklimat yang diberikan oleh petugas Pusat Internet Kluster Sik.
Ini semua bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada penggunaan dan aplikasi pembelajaran KDB yang telah mereka pelajari di dalam taklimat KDB.