Tarikh | : 19 April 2018 |
Masa | : 8.00 pagi – 3.30 petang |
Lokasi | : Dewan Serbaguna Bandar Baharu Beris Jaya |
Peserta | : 250 orang |
Tujuan :
Mewar-warkan kepada Komuniti tentang perkhidmatan baru yang terdapat di Pusat Internet selain latihan ICT dan penggunaan internet iaitu pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah tinggi serta kencing manis.
Aktiviti :
Pusat Internet telah menjalankan aktiviti seperti Dashboard MyHealth, Kuiz ICT, dan E-Waste. Selain itu, pendaftaran ahli Pusat Internet juga telah dibuka di mana pengunjung yang mendaftar sahaja akan mendapat keistimewaan semasa menggunakan kemudahan di Pusat Internet.
Melalui program ini juga, Pusat Internet di bawah seliaan Telekom Malaysia Berhad, dapat mempromosikan dashboard kepada komuniti dengan lebih meluas. Rata-rata penerimaan yang diberikan oleh komuniti, amatlah menggalakkan.