Tarikh | : 21 April 2018 |
Masa | : 8.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Perkarangan Surau Kg Lubuk Bedil, Sik |
Peserta | : 160 orang |
Tujuan :
Merapatkan hubungan di antara petugas Pusat Internet dengan komuniti setempat serta memberikan info tentang perkhidmatan terbaru yang terdapat di Pusat Internet.
Aktiviti :
Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa program berlangsung. Pusat Internet telah menyediakan aktiviti menarik untuk pengunjung yang hadir. Antaranya ialah E-Waste, Kuiz, Online Education, pemeriksaan kesihatan, Dashboard dan taklimat tentang Klik Dengan Bijak. Rata-rata pengunjung berpuas hati menggunakan aplikasi dashboard dan begitu teruja untuk terus menggunakan lagi aplikasi berkenaan.
Selain Pusat Internet, agensi-agensi lain juga turut menyertai program ini. Antaranya ialah JKKK, PDRM, JPAM dan banyak lag. Program bersurai pada jam 1.00 tengahari setelah selesai majlis penyampaian hadiah dan jamuan makan.