Tarikh | : 20.04.2019 |
Masa | : 09.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : KEDA Resort Bendang Man |
Peserta | : 100 |
Tujuan :
Kem Aspirasi anjuran Pejabat Penerangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)
Pelajar didedahkan dengan taklimat keselamatan penggunaan media sosial, peranti elektronik dan peralatan komunikasi serta pelbagai tips semasa online untuk membolehkan mereka menggunakan internet dengan bijak, selamat dan bertanggungjawab.
Selain itu, para pelajar juga menjalani aktiviti treasure hunt dengan setiap check point mengandungi makna dan maksud yang tersendiri. Antara aktiviti yang dijalankan adalah musang berjanggut, tiup belon sampai pecah yang mengandungi tepung atau soalan KDB, check point soalan kuiz KDB, aktiviti telefon karat dan roda impian untuk denda berbentuk fizikal.
Ini semua bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada penggunaan dan aplikasi pembelajaran KDB yang telah mereka pelajari di dalam taklimat KDB.