Awareness – Kuiz KIS 9: Privasi Data

Laporan Aktiviti | 14 April 2026

Program Jom Cuba Kuiz: Kempen Internet Selamat 9 – Privasi Data telah berjaya dijalankan dengan tujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan menjaga privasi data dalam penggunaan internet seharian. Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang risiko keselamatan siber serta langkah-langkah melindungi maklumat peribadi secara atas talian.

Sepanjang program berlangsung, peserta diberi peluang untuk menyertai kuiz interaktif melalui imbasan kod QR yang disediakan. Aktiviti ini bukan sahaja menarik minat peserta, malah membantu mereka memahami topik dengan lebih santai dan efektif.

Seramai 3 orang peserta telah menyertai program ini. Walaupun penyertaan adalah kecil, komitmen dan penglibatan yang ditunjukkan amat memuaskan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat tentang keselamatan internet.