mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku Tahun Pertama 2019 (Mac)

USAHAWAN HAFIZ MURSHID

Nama : Hafiz Murshid

Umur  : 35 Tahun

Ahli    : 2019

Latar Belakang

En. Hafiz menjalankan kedai bakeri dan kafe di rumahnya dengan menjual roti benggali, pizza dan capati. Permulaannya penerimaan kedai bakeri dan kafe beliau hanyalah untuk penduduk di sekitar kampung sahaja.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 sahaja sebulan. Ini kerana pelanggan yang hadir hanyalah daripada penduduk sekitar kampung beliau.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas keusahawan yang beliau ceburi, kini kedai bakeri dan kafe beliau dikunjungi oleh ramai pelanggan yang datang dari Pekan Sik, Jeneri malah Gurun. Pendapatan beliau juga makin meningkat sehingga mendapat RM1000 sebulan