mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku Tahun Pertama 2019 (Januari)

CELIK IT FAIZZATUN NASUHA BINTI MOHD FAUZI

Nama : Faizzatun Nasuha binti Mohd Fauzi

Umur  : 16 tahun

Ahli    : 2019

Latar Belakang

Sebelum beliau memasuki kelas komputer yang disediakan di Pusat Internet Kg Tala, beliau tidak mahir menggunakan Ms Office, Ms Power point dan sebagainya. Beliau juga agak takut untuk memegang tetikus serta menaip menggunakan papan kekunci. Akan tetapi, dengan bantuan petugas, beliau tidak kekok menggunakan komputer serta semakin mahir menggunakan Ms Office dan lain-lain.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Beliau tidak tahu langsung tentang komputer dan kegunaannya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Setelah menghadiri kelas komputer, beliau dapat mempelajari,perisian Microsoft Office dan ilmu-ilmu ICT yang lain dari semasa hingga semasa.Disamping itu,  beliau sering menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Tala.