USAHAWAN HALIMATUS SAADIAH BT ISMAIL
Nama : Halimatus Saadiah bt Ismail
Umur : 33 tahun
Ahli : 2016
Latar Belakang
Halimatus Saadiah bt Ismail merupakan seorang pengusaha kek, roti serta pizza. Beliau juga menyediakan perkhidmatan lain seperti jambangan untuk kejutan hari lahir dan sebagainya. Premis perniagaan beliau terletak di Kg Kuala Temin, Jeneri. Beliau juga menyediakan servis penghantaran kepada pelangggan sekitar daerah Sik.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet
Beliau tidak tahu mempromosikan barangan beliau di media sosial. Beliau juga tidak mahir untuk menggunakan komputer. Tambahan lagi, pendapatan beliau juga tidak memberangsangkan.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan ICT dan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Tala, beliau kini telah mahir menggunakan komputer dan tahu untuk mempromosikan barangan beliau malalui media sosial. Pusat Internet Kg Tala juga turut mempromosikan perniagaan beliau di Fb pages Menarik Di Sik, portal serta Dashboard Komuniti. Beliau juga tahu untuk mempromosikan barangan beliau di MyShop.