mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku Tahun Pertama 2018 (Februari)

USAHAWAN AHMAD FAIZUL BIN ABD MUTALIB

Nama : Ahmad Faizul bin Abd Mutalib

Umur : 35 tahun
Ahli    : 2017

Latar Belakang

Ahmad Faizul bin Abd Mutalib merupakan peniaga burger yang beroperasi di premis hadapan rumah beliau. Beliau menjual pelbagai jenis burger. Antaranya ialah burger biasa serta burger istimewa iaitu Burger 1kg. Beliau juga membuat penghantaran secara ke rumah kepada pembeli sekitar Sik.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya mencecah RM200 sahaja sebulan kerana tiada strategi pemasaran.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Setelah melalui kelas keusahawanan di bawah Pusat Internet Malaysia Kg Tala serta produk burger 1kg beliau dipromosikan melalui portal, fb pages Menarik Di Sik dan Dashboard Komuniti, beliau berjaya memperolehi pendapatan hampir RM600 sehari dengan anggaran hampir 30 biji burger 1kg dijual.

Pelanggan beliau juga bukan sahaja sekitar daerah Sik sahaja, malahan dari luar kawasan Kedah juga seperti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur di mana mereka ingin merasai keenakkan burger 1kg dengan harga yang murah iaitu RM20 berbanding harga biasa yang dijual di tempat lain dengan kadar harga RM70 sebiji.