mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku Tahun Ketiga 2018 (Julai)

USAHAWAN ROSILA BINTI ABD HAMID

Nama : Rosila Binti Abd Hamid
Umur  : 35 tahun
Ahli     : 2016

Latar Belakang

Puan Rosila merupakan usahawan roti secara kecil-kecilan di Kg Tala. Selain membekalkan roti kepada kantin sekolah berdekatan, beliau juga turut menjual kek tupperware.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 200- RM 500 sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Setelah melalui kelas keusahawan di bawah Pusat Internet Kg Tala serta produk beliau dipromosikan melalui portal, fb pages Menarik Di Sik dan Dashboard Komuniti, beliau berjaya memperolehi pendapatan hampir RM 300 sehari. Rata-rata pelanggan adalah daripada daerah Sik, Jeniang, Gurun dan juga Yan.