USAHAWAN MUHAMMAD AMIRUL BIN OTHMAN
Nama : Muhammad Amirul Arif Bin Othman
Umur : 25 Tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Saudara Muhammad Amirul merupakan lepasan pelajar Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang pertanian. Dengan pengajian yang beliau dapat, beliau menjalankan perniagaan tanaman organik di kawasan rumah beliau dan memasarkan hasil pertanian kepada komuniti setempat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau sekitar RM100 sahaja sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Tala,beliau kini telah memiliki akaun facebook sendiri di mana beliau dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih meluas. Beliau juga menggunakan medium Whatsapp untuk mengambil tempahan dari pelanggan. Pendapatan bulanan beliau juga boleh mencecah hampir RM500 – RM1000 sebulan bergantung kepada permintaan.