mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku Tahun Kedua 2018 (Jun)

CELIK IT MUHAMMAD EIFADZ ABDUL MALIK

Nama :Muhammad Eifadz Bin Abdul Malik
Umur  : 14 tahun
Ahli     : 2018

Latar Belakang

Adik Eifadz adalah seorang pelajar sekolah menengah yang menggunakan masa lapang beliau dengan mengikuti kelas komputer yang disediakan di Pusat Internet.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Beliau hanya tahu menggunakan internet tanpa sebarang pengetahuan mengenai Microsoft Office. Beliau juga takut untuk menggunakan komputer.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Beliau sudah mahir menggunakan Microsoft Word, Excel dan Power Point. Ini akan memudahkan urusan beliau di menara gading dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kelak. Beliau juga semakin yakin ketika melakukan kerja khusus yang diberikan oleh guru di sekolah.