mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku Tahun Kedua 2018 (April)

USAHAWAN NOOR AZURA BINTI HAJI HAMID

Nama : Noor Azura Binti Haji Hamid
Umur  : 38 Tahun
Ahli     : 2018

Latar Belakang

Puan Noor Azura mengusahakan perniagaan beliau di lokasi premis kedai di KEDA Jeniang. Beliau juga membuat penghantaran kepada pembeli (cash on delivery) di sekitar Jeniang, Gurun, Jeneri, Sik, Sg Petani dan lain-lain. sebelum ini, Puan Noor Azura merupakan petugas Pusat Internet Malaysia Kg Pondok Chegar. Beliau serius mengusahakan perniagaan ini apabila beliau menghidapi penyakit kronik radang sendi di mana beliau perlu berhenti kerja.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Pendapatan beliau tidak memberangsangkan. Promosi yang dilakukan tidak mendapat sambutan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Setelah beliau menggunakan perkhidmatan Pusat Internet Malaysia untuk mempromosikan perniagaan beliau di portal, fb pages Menarik Di Sik dan Dashboard Komuniti, beliau berjaya memperolehi pendapatan hampir RM 500 sehari. Rata-rata pelanggan adalah daripada daerah Sik, Jeniang, Gurun , Yan, Pendang serta Alor Setar.