USAHAWAN NURUL AMIRAH BINTI MOHD SHOMI
Nama : Nurul Amirah Mohd Shomi
Umur : 37 Tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Puan Nurul dahulunya hanya menjalankan perniagaan makanan seperti nasi kerabu sahaja secara cash on delivery. Kini beliau memiliki gerai sendiri dengan menjual nasi kerabu, nasi dagang dan nasi lemak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau sekitar RM90 sahaja sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Tala,beliau kini telah memiliki akaun facebook sendiri dan facebook pages di mana beliau dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih meluas. Beliau juga menggunakan medium Whatsapp untuk mengambil tempahan dari pelanggan. Pendapatan bulanan beliau juga boleh mencecah hampir RM 500 sebulan bergantung kepada permintaan.