mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku Tahun Pertama 2018 (Januari)

CELIK IT MUHAMMAD HELMY FITRI BIN MOHD SABRI

Nama : Muhammad Helmy Fitri bin Mohd Sabri
Umur : 18 tahun
Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Muhammad Helmy Fitri bin Mohd Sabri berusia 18 tahun dan lepasan SPM. Beliau mula menjadi ahli Pusat Internet Kg Tala pada 15 Jun 2016. Beliau menjadi ahli Pusat Internet Kg Tala selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet Kg Tala. Sehubungan itu,beliau terus mendaftar sebagai ahli dan mendapatkan keistimewaan yang diberikan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Beliau tidak mahir menggunakan Microsoft Excel untuk memasukkan jadual serta membuat graf dan hanya tahu menggunakan Microsoft Powerpoint secara basic sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan ICT  yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Tala, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Excel serta Microsoft Powerpoint. Beliau juga telah pandai untuk membuat resume kerana telah mengikuti bengkel Resume yang telah diadakan di Pusat Internet Kg Tala.