CELIK IT MUHAMMAD BADRUL IMAN BIN HASHIM
Nama : Muhammad Badrul Iman Bin Hashim
Umur : 17 tahun
Ahli : 2017
Latar Belakang
Adik Muhammad Badrul Iman bin Hashim merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri yang berumur 17 Tahun. Beliau mempunyai saudara kembar seiras. Beliau merupakan anak yatim piatu. Sekarang, beliau tinggal bersama nenek di Kg Langgok Jeneri. Beliau seorang yang aktif berpersatuan di sekolah dan memegang banyak jawatan di dalam kokurikulum sekolah.
Sistem pembelajaran beliau menekankan penggunaan komputer untuk tugasan harian. Ini memaksa beliau untuk mempelajari dengan lebih mendalam penggunaan komputer. Bagi menambahkan ilmu pengetahuan tentang aplikasi computer, beliau menjadikan Pusat Internet Kg Tala sebagai rujukan dan tempat untuk menimba ilmu.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet
Sebelum Pusat Internet Kg Tala ditubuhkan, adik Badrul mendapatkan akses internet di sekolah sahaja. Seperti yang kita tahu, penggunaan komputer dan internet di sekolah sangat terhad. Disebabkan itu, adik Badrul mengalami kesukaran untuk mempelajari tentang asas komputer dan sukar untuk menyempurnakan urusan untuk mengisi sistem-sistem kerja dan pembelajarannya.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas asas komputer yang telah dibimbing oleh petugas yang bertauliah di Pusat Internet Kg Tala, beliau kini boleh menyiapkan kerja-kerja sekolah dengan mudah dan pantas. Beliau juga mempunyai akaun emel dan Facebook sendiri untuk berhubung dengan rakan-rakan dan guru-guru.