mcmc
Laporan Aktiviti

KARNIVAL KOMUNITI MUKIM TELOI TUA

Pada 22.09.2016 (Khamis), telah berlangsung Karnival Komuniti Mukim Teloi Tua bertempat di Padang Sekolah Kebangsan Teloi Tua. Karnival ini telah dirasmikan oleh En. Mahadzir bin Khalid. Pihak pusat Internet Cluster Sik telah membuka booth di karnival tersebut. Antara program yang telah dijalankan ialah kuiz KDB, pengenalan tentang Dashboard Komuniti Pusat Internet serta banyak lagi.

Karnival ini dijalankan kerana ingin mendekatkan diri bersama komuniti setempat . Bagi pihak petugas Pusat Internet Kluster Sik, peluang sebegini membolehkan petugas untuk memberikan nasihat kepada komuniti setempat tentang kebaikan ICT di dalam kehidupan seharian mereka. Ia dapat mengubah persepsi masyarakat tentang IT di mana kebanyakkan masyarakat mempunya ipersepsi yang buruk tentang IT.