mcmc
Jadual Latihan & Aktiviti

Jadual Aktiviti – Kelas Latihan Komputer

Kelas Latihan Intel setiap hujung minggu Jumaat dan Sabtu

Terbuka kepada semua ahli Pusat Internet Malaysia Kg Tala

  • Menghasilkan dokumen (Surat, resume, jemputan, dokumen Perniagaan, risalah, dan lain-lain.)
  • Mencari maklumat menggunakan Internet
  • Menghantar dan menerima e-mel kepada rakan, keluarga dan rakan-rakan perniagaan
  • Membuat belanjawan dan menggunakan komputer untuk menjalankan pengiraan
  • Mencipta persembahan
  • Menggunakan Internet dan e-mel

Program Asas Keusahawanan adalah program latihan yang disasarkan kepada golongan belia dan orang dewasa yang berminat untuk memulakan perniagaan mereka sendiri tetapi menghadapi kekurangan kemahiran asas yang diperlukan oleh seorang usahawan.

Objektif

Objektif keseluruhan program latihan ini adalah untuk menyediakan usahawan mahir dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk membolehkan mereka untuk mengenal pasti peluang perniagaan dan kemudian menubuhkan dan menguruskan perniagaan. Kurikulum ini bertujuan untuk menyampaikan pelbagai kemahiran termasuk membangunkan pelan perniagaan, meningkatkan kemahiran berunding ,berkomunikasi dan penggunaan teknologi dalam perniagaan.

Golongan Sasaran

Program Asas Keusahawanan ini di khaskan kepada golongan belia dan orang dewasa yang telah menamatkan sebahagian atau kedua -dua peringkat program ini dan berminat untuk menubuhkan sebuah perniagaan tempatan.