Telah berlangsungnya program ‘Imarah Ramadan IAM-IKIMfm’ 1438H/2017 dengan kerjasama Etiqa Takaful Berhad untuk lokasi pertama bertempat di Masjid Al-Maarif ,Kg.Jeneri, Sik, Kedah pada 4/06/2017. Melalui program ini, seramai 250 orang penerima di kalangan komuniti OKU telah menerima sumbangan berbentuk pek makanan dan wang tunai. Mereka turut diraikan dengan majlis IFTAR dan juga pengisian program berbentuk kerohanian. Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa kesyukuran diatas bantuan yang diterima kerana dapat meringankan beban kesusahan yang mereka hadapi. Program ini juga turut mendapat liputan langsung dari RadioIkim.Fm.