Hutan Lipur Lata Embun atau dikenali sebagai Hutan Lipur Lata Lembu berada di kawasan Sik, Kedah. Hutan lipur ini berdekatan dengan Lata Mengkuang. Airnya yang jernih dan sejuk dapat membuatkan pengunjung berasa segar dan nyaman. Hutan lipur ini tidak seperti hutan lipur yang biasa kerana tempatnya masih lagi tidak diterokai oleh ramai pengunjung, Kawasan Hutan Lipur ini juga menunjukkan bahawa tidak ramai pengunjung yang berkunjung di situ.
Menurut lagenda, hutan lipur ini mendapat namanya sempena batu besar yang terdapat di bawah air terjun di mana bentuknya seakan-akan menyerupai lembu. Terdapat pelbagai flora dan fauna di hutan lipur ini. Antaranya tumbuhan yang terdapat di sini ialah Meranti Melantai, Meranti Langgong dan Meranti Tembaga. Kawasan hutan lipur ini sesuai dijadikan tempat untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan kerana hutan ini masih belum penun diterokai.