Ada handphone lama yang sudah rosak? Jangan dibuang merata-rata kerana ianya mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan alam sekitar.
Untuk makluman, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah menganjurkan kempen Mobile E-Waste, iaitu sebuah kempen untuk mengumpul sisa mobile seperti handphone & tablet yang telah rosak untuk dilupuskan dengan cara yang betul.
Jika anda memiliki barangan mobile yang boleh dilupuskan,anda boleh menghantar barang tersebut ke PI1M Kg Tala.
Jalankan tanggungjawab anda terhadap kesejahteraan Bumi dan alam sekitar
Maklumat lanjut boleh terus hadir ke PI1M Kg Tala.