Webinar ini akan membincangkan secara ringkas tentang kepentingan mematuhi peraturan serta mengamalkan semangat fair play dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang. Peserta akan didedahkan dengan garis panduan asas yang perlu dipatuhi oleh pemain semasa bermain, termasuk etika komunikasi, kerjasama berpasukan, serta tanggungjawab setiap pemain dalam memastikan perlawanan berlangsung secara adil dan profesional.
Selain itu, sesi ini juga akan menerangkan jenis-jenis kesalahan yang sering berlaku seperti penggunaan bahasa tidak sopan, trolling, afk (meninggalkan permainan), serta penggunaan aplikasi tidak sah. Peserta turut akan mengetahui bentuk penalti atau tindakan yang boleh dikenakan oleh sistem permainan sekiranya peraturan dilanggar.
Melalui webinar ini, diharapkan para pemain dapat memahami kepentingan disiplin, integriti dan sikap hormat dalam komuniti permainan agar pengalaman bermain menjadi lebih sihat, kompetitif dan menyeronokkan untuk semua.

