mcmc
Laporan Aktiviti

Awareness – Kempen Internet Selamat ‘Cybergooming’ Adakah Anda Tahu?

Hari ini telah berlangsung satu program Kempen Internet Selamat: “Cybergrooming – Adakah Anda Tahu?” yang diadakan di NADI Kampung Tala.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang bahaya cybergrooming, cara mengenal pasti tanda-tandanya serta langkah-langkah keselamatan ketika menggunakan internet, khususnya dalam melindungi diri dan keluarga daripada jenayah siber.

Seramai 3 orang peserta telah menyertai sesi ini. Sepanjang program berlangsung, para peserta diberi penerangan ringkas berkaitan penggunaan internet secara selamat serta kesedaran tentang ancaman yang boleh berlaku di alam siber.

Semoga program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan keselamatan digital dan penggunaan internet yang lebih berhemah.

InternetSelamat #KesedaranSiber #NADIKgTala