mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Oktober- Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kg Kuala Kerik 2018

Tujuan  :

Program ini diadakan untuk memberikan penghargaan kepada komuniti Kg Kuala Kerik  dengan mengadakan pelbagai aktiviti untuk mengeratkan lagi hubungan di antara petugas dan komuniti setempat. Selain itu, dengan adanya program seperti ini, pusat internet dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pusat internet selain penggunaan komputer.

Aktiviti  :

Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa program berlangsung. Antara program yang telah dilaksanakan ialah taklimat Klik Dengan Bijak dan memperkenalkan sebenarnya.my, taklimat E-rezeki, taklimat usahawan, kuiz dashboard, pertandingan mewarna, pertandingan manisan, sukaneka, e-waste dan myhealth. Selain itu, booth dari Yapeim di mana mereka membuka peluang kepada penduduk setempat untuk mencuci emas secara percuma dan booth PMB Investment. Walaupun cuaca tidak berapa baik, acara diteruskan dengna begitu meriah sekali. Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Pusat Internet Kg Kuala Kerik, Encik Zamzuri. Program ini telah dihadiri oleh En. Aizat Bin Nazer selaku wakil Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, En Syakirin bin Ismail selaku wakil dari Telekom Malaysia Berhad dan En. Nik Nasir Bin Nik Megat selaku wakil MSD wilayah utara. 

Gambar di sini